Sunday, September 27, 2009

Hidupan air ialah spesies haiwan yang hidup di dalam air dan ada yang bernafas melalui insang seperti ikan.Terdapat juga hidupan air yang lain seperti batu karang,rumpai laut,belut,gamat dan sebagainya.Hidupan air di negara kita perlu dihargai untuk mengekalkan unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan ini.
Hidupan air mesti dihargai oleh manusia kerana hidupan air amat penting kepada mereka.Hidupan air menjadi sumber protein kepada tubuh manusia yang memerlukannya untuk tumbesaran badan.Malah,hidupan air menjadi sumber perubatan seperti belut dan gamat.Hidupan air seperti batu karang dijadikan sebagai barang perhiasan yang menarik.
Untuk memastikan hidupan air menikmati kehidupan yang baik,aktiviti pencemaran air perlu dielakkan.Pembuangan sisa toksik,sampah sarap dan kejadian tumpahan minyak di perairan laut boleh menjejaskan hidupan air.Manusia yang tidak bertimbang rasa akan melakukan aktiviti pencemaran air ini lantas kadangkala mereka alpa tentang kepentingan hidupan air kepada manusia.
Pencemaran air yang berlaku perlu diatasi oleh semua pihak,terutamanya pihak kerajaan melalui kempen-kempen kesedaran tentang sikap menghargai hidupan air di negara kita.Undang-undang dikuatkuasakan secara berterusan agar mereka yang melakukan kesalahancatau pencemaran dapat dikenakan tindakan yang sewajarnya atas kesalahan yang dilakukan.Pihak media massa perlu menguar-uarkan kempen 'Hargai Kehidupan Air' agar matlamat kempen kerajaan dapat direalisasikan.
Kesimpulannya,kerjasama semua pihak amat diperlukan agar pencemaran air tidak berlaku dan kehidupan air akan hidup selamat di perairan negara kita.Usaha kerajaan malalui kempen-kempen yang diadakan secara berterusan ini perlu mendapat tindak balas positif daripada setiap lapisan masyarakat agar kehidupan air terus dihargai oleh rakyat Malaysia.

Permainan Tradisional Rakyat Malaysia

Permainan tradisional ialah permainan tradisi nenek moyang kita yang diwarisi sehingga kini secara turun-temurun seperti permainan wau atau layang-layang,gasing,congkak dan sepak raga.Pada hari ini,generasi muda kurang bermain permainan tradisional ini kerana pendedahan terhadap permainan ini amat kurang dilakukan oleh pihak tertentu.
Permainan gasing dan layang-layang atau wau sering dimainkan oleh golongan lelaki.Pemilik gasing yang berjaya mestilah membuatkan gasingnya berpusing lama dan pemilik wau yang berjaya menaikkan waunya dengan hebat dan lama di udara dianggap pemenang.Pada hari ini,gasing dan wau kerap dimainkan dalam pesta kebudayaan dan kesenian di setiap negari sebagai satu cara untuk menarik para pelancong.
Permainan congkak pula memerlukan papan congkak berserta buah congkak.Pemain akan cuba mengalahkan pihak lawan dengan mengumpulkan buah congkak yang banyak.Permainan sepak raga pula dimainkan dengan menyepak bola ke gelanggang pihak lawan secara pantas agar pihak lawan tidak dapat membalas bola itu ke dalam petak gelanggang pihak lawan.Pasukan yang banyak mengumpulkan mata dalam perlawanan akan digelar juara.
Permainan tradisional ini memang banyak kelebihannya,antaranya dapat memupuk semangat setia kawan dan mengeratkan hubungan sesama perlawanan.Kalah atau menang dalam perlawanan dianggap adat permainan.
Kesimpulannya,permainan tradisional perlu dipopularkan semula semula supaya warisan kesenian bangsa dapat dikekalkan untuk tontonan generasi pada masa akan datang.Semua pihak seperti ibu bapa,sekolah,media massa dan kerajaan perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan permainan tradisional tidak terus terpinggir dalam kalangan rakyat Malaysia.

Saturday, September 26, 2009

Dialog dengan berbincang faedah berkebun

Mun Hon:Selamat pagi,Mun Noh.Apa yang kamu buat sekarang?
Mun Noh:Oh,Mun Hon!Selamat pagi.Sekarang saya sedang membajakan anak-anak pokok bunga dan pokok rambutan.
Mun Hon:Wah,saya melihat tamanan kamu subur-subur belaka
Mun Noh:Bukan itu sahaja,saya juga dapat mengeluarkan peluh.
Mun Hon:Patutlah saya lihat badan kamu sihat sahaja.Apakah faedah yang kamu dapat dengan berkebun?
Mun Noh:Saya paling gembira kerana dapat menikmati hasil.Saya berasa bangga sekali.Sebab itulah saya menjaga pokok ini dengan baik.
Mun Hon:Oh,patutlah kamu bubuh baja pada pokok-pokok ini!Kamu juga dapat berjimat cermat,Mun Noh.Apabila kamu tidak payah membeli rambutan di pasar.
Mun Noh:Benar.Berkebun juga dapat memupuk sikap cinta akan alam sekitar.Saya berasa puas hati apabila semua tanaman saya membesar dengan subur.
Mun Hon:Apabila mendengar kata-kata ini,saya terasa hendak berkebun jugalah,Mun Noh.
Mun Noh:Baguslah.Berkebun memang baik serta mendapat banyak faedah.
Mun Hon:Kalau begitu,saya meminta diri dululah,Mun Noh.Saya hendak mengajak emak saya membeli benih pokok.Jumpa lagi.
Mun Noh:Baiklah.Selamat jalan.

Surat Rasmi

Kelab Bola Sepak,
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Mun Hon,
31550,Pusing,Perak.
___________________________________________________________

Ketua Kelab Bola Sepak,
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Mun Noh,
31550,Pusing,Perak.

Saudara,

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan
Merujuk perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa saya ingin mengundang pasukan bola sepak sekolah saudara untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

2. Manakala perlawanan ini penting untuk meningkatkan mutu permainan dan mengeratkan hubungan di antara kedua-dua sekolah.Perlawanan ini akan diadakan pada hari Jumaat,30 Julai 2009 di padang S.M.J.K Mun Hon pada pukul 8.00 pagi.

3. Dalam perlawanan ini,kami akan menyediakan beberapa kemudahan yang diperlukan seperti pengadil,penjaga garisan,minuman dan makanan.

4. Harapan kami agar pasukan dapat menyertai perlawanan persahabatan ini.

Sekian,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Chai
-------------------------
(CHAI MUN HON)
Ketua Kelab Bola Sepak,
S.M.J.K Mun Hon.

Friday, September 25, 2009

Laporan

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Perpustakaan Ipoh,Perak

Pada 25 Mei 2009 yang lalu, badan perpustakaan S.M.J.K Yuk Kwan telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Ipoh.Sebanyak 40 orang pustakawan dan dua orang cikgu akan menyertai lawatan ini.Hari ini kita berkumpul di sekolah pada pukul 7:30 pagi dan bertolak pada 8 pagi.
Ketibaan kami disambut oleh ketua pengawai iaitu Encik Ahmad.Apabila,beliau telah memberikan banyak taklimat ringkas kepada kami.Antara maklumat yang disampaikan ialah sejarah dan objektif penubuhan,serta kemudahan yang disediakan.
Selepas itu,kami melawat persekitaran perpustakaan.Di dalam mengadakan buku-buku yang bagus dan buku-buku disusun dengan kemas di atas rak.Majalah dan surat khabar pula diletakkan di sudut yang berasingan.Manakala perpustakaan juga ada Kaunter pertanyaan serta kaunter peminjaman dan pemulangan buku terletak berhampiran dengan pintu masuk.
Kami berpeluang untuk melihat cara buku-buku disusun di rak dengan kemas.Setiap buku disusun mengikut bidang tertentu seperti sains,bahasa,cerita dan sebagainya.
Kami pulang ke sekolah pada pukul 11:00 pagi.Sebelum pulang,kami juga melawat kawasan luar perpustakaan Ipoh.Kawansannya sangat cantik seperti di dalam syukur.
Lawatan tersebut menambahkan pengetahuan dan memberi pengalaman yang berguna kepada para peserta kami serta menaikkan teknologi perpustakaan sekolah kami.

Disediakan oleh, 31 Mei 2009
Chai
(Chai Man Hon)
Ketua Pustakawan,
S.M.J.K Yuk Kwan,Batu Gajah.

Wednesday, September 23, 2009

Murid Gagal Dalam Peperiksaan

Mengapakah sesetengah murid hari ini mendapatkan keputusan yang lemah dalam peperiksaan?Semestinya mereka ingin bersyukur kepada tuhan akan mendapat keputusan yang baik dan tidak memberi perhatian dalam kelas serta mereka akan terbiar memarahi ibu bapa.Selain itu,kita mestilah memajukan keputusan murid serta mestilah mengadakan cara-cara untuk mengatasinya.
Walaubagaimanapun,ibu bapa tetap mengutamakan kerjaya dengan alasan untuk mencari nafkar bagi menyara keluarga tetapi pada waktu yang sama ibu bapa juga tidak pernah mengawalkan percampuran anak di luar rumah yang menyebabkan anak lebih banyak bermain daripada belajar.Sastera,ibu bapa mestilah menjaga mereka,memberitahu mereka mestilah mempunyai jadual belajar yang sistematik dan mengajar mereka menyiapkan kerja rumah serta memberikan sokongan kepada mereka dalam pelarjaran atau peperiksaan.Dalam masa lapang,ibu bapa juga memberikan latihan untuk mereka sebab untuk meningkatkan pengetahuan mereka.
Oleh hal demikian,sesetengah guru hanya memberi fokus kepada pelajar yang cemerlang dalam pelajaran sehinggakan mengabaikan pelajar yang lemah.Sebab itu,mereka yang lemah dalam pelajaran akan terabai dan terus tertinggal di belakang murid yang cemerlang.Masyarakat kita amat mendukacita kerana bertanyakan kejayaan seseorang jiran sekiranya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.Contohnya,mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR,8A dalam peperikssaan PMR dan 9A ke atas dalam peperiksaan SPM.Hal ini menyebabkan mereka yang bakal menduduki peperiksaan terasa tekanan kepada mereka dan memberikan hak belajar yang sama kepada murid yang lemah.
Bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan sebenarnya tiada jalan pantas untuk memperoleh kejayaan.Akhirnya, saya berharap semua ibu bapa pula hendaklah bersikap terbuka dengan tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk mereka menjadi seorang doktor,jurutera,ataupun peguam,sebab setiap anak mempunyai kelemahan dan kelebihan yang tersendiri.

Sunday, September 20, 2009

Masalah Pembuangan Sampah

Sampah yang dibuang merata-rata menjadi punca pelbagai jenis penyakit.Sarap itu termasuklah tin kosong,tayar,dan alas pasu.Demikian juga dengan sisa makanan yang bercampur-baur dengan sampah yang lain akan bertambah menjijikkan keadaan di kawasan pembuangan sampah.Longgokan sampah itu menjadi sarang kepada vektor pelbagai penyakit,antaranya termasuklah nyamuk aedes yang menyebar penyakit deman denggi dan deman denggi berdarah.Tikus pula menjadi pembawa penyakit hawar,tifus dan jangkitan virus.Lalat merebakkan penyakit seperti kolera,cirit-birit dan keracunan makanan.Perkara inilah yang meningkatkan risiko kerencaman penyakit kepada manusia.
Sampah yang berselerak menjejaskan kebersihan kawasan persekitaran dan menyakitkan mata memandang.Perkara ini ada kaitannya dengan anggaran bahawa setiap orang secara purata menghasilkan sampah seberat 0.75 kilogram sehari dan terus meningkat masa ke masa.Sampah itu dibahagikan dua jenis;pertama sampah domestik,iaitu bahan buangan yang dibuang dari rumah.Contohnya,kertas,plastik,sisa makanan dan lain-lain serta lima puluh peratus sampah domestik berpunca dari kawasan kediaman.Kedua,sampah bukan domestik,iaitu dahan buang dari kawasan industri,tapak pembinan dan pertanian.Antaranya termasuklah sisa-sisa jualan,binaan dan sisa daripada pengilangan.Sampah yang tidak dibuang dengan sempurna akan menimbulkan bau yang menyesakkan hidung dan meloyakan.Apabila kaedah yang tidak terurus itu akan menyebabkan pencemaran air bawah tanah.Perkara ini bertambah parah sebab hujan yang menimpa sampah akan terserap ke dalam tanah dan membawa bersama-samanya bahan kimia toksik yang boleh mencemarkan air bawah tanah.
Selain itu,air hujan akan menyerap bahan kimia dan memerangkap semua organisma yang terdapat di dalam sampah.Apabila air hujan mengalir ke sungai tentu sekali sungai tercemar dan menjejaskan kualiti air serta memudaratkan hidupan akuatik.Dalam hal ini pula,pembakaran terbuka juga mencetuskan pencemaran udara.Sebagai contoh,sisa plastik yang dibakar akan mengeluarkan asap yang mengandungi habuk dan bahan kimia toksik,serta bau yang tidak menyenangkan.Tindakan tersebut akan meningkatkan paras karbon dioksida dalam udara dan gas ini memang terkenal sebai penyubang utama yang meningkatkan kepanasan bumi.
Di samping itu, pihak kuasa jugalah meningkatkan nilai bayaran untuk menghukum orang yang melanggarkan peraturan.Walaubagaimanapun,kesempurnaan pembuangan sampah ini terletak di tangan kita sendiri.Jika kita menyedari akibatnya,maka eloklah kita beralih daripada tabiat mencampakkan sampah di mana-mana sahaja kepada pembuangan sampah yang lebih terurus.