Sunday, September 27, 2009

Hidupan air ialah spesies haiwan yang hidup di dalam air dan ada yang bernafas melalui insang seperti ikan.Terdapat juga hidupan air yang lain seperti batu karang,rumpai laut,belut,gamat dan sebagainya.Hidupan air di negara kita perlu dihargai untuk mengekalkan unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan ini.
Hidupan air mesti dihargai oleh manusia kerana hidupan air amat penting kepada mereka.Hidupan air menjadi sumber protein kepada tubuh manusia yang memerlukannya untuk tumbesaran badan.Malah,hidupan air menjadi sumber perubatan seperti belut dan gamat.Hidupan air seperti batu karang dijadikan sebagai barang perhiasan yang menarik.
Untuk memastikan hidupan air menikmati kehidupan yang baik,aktiviti pencemaran air perlu dielakkan.Pembuangan sisa toksik,sampah sarap dan kejadian tumpahan minyak di perairan laut boleh menjejaskan hidupan air.Manusia yang tidak bertimbang rasa akan melakukan aktiviti pencemaran air ini lantas kadangkala mereka alpa tentang kepentingan hidupan air kepada manusia.
Pencemaran air yang berlaku perlu diatasi oleh semua pihak,terutamanya pihak kerajaan melalui kempen-kempen kesedaran tentang sikap menghargai hidupan air di negara kita.Undang-undang dikuatkuasakan secara berterusan agar mereka yang melakukan kesalahancatau pencemaran dapat dikenakan tindakan yang sewajarnya atas kesalahan yang dilakukan.Pihak media massa perlu menguar-uarkan kempen 'Hargai Kehidupan Air' agar matlamat kempen kerajaan dapat direalisasikan.
Kesimpulannya,kerjasama semua pihak amat diperlukan agar pencemaran air tidak berlaku dan kehidupan air akan hidup selamat di perairan negara kita.Usaha kerajaan malalui kempen-kempen yang diadakan secara berterusan ini perlu mendapat tindak balas positif daripada setiap lapisan masyarakat agar kehidupan air terus dihargai oleh rakyat Malaysia.

2 comments:

  1. Hello Jason,

    apakah tajuk penulisan anda ini? kalau tidak ada tajuk, cikgu susah nak memberi komen sebab tidak tahu sama ada anda menulis berdasarkan kehendak tajuk. Sila nyatakan tajuk penulisan anda ini.
    sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  2. Hello Jason,

    komen tentang penulisan anda ini cikgu telah poskan dalam blog smkyukkwan.blogspot.com. Sila ke blog ini dan baca. Sekian, terima kasih

    ReplyDelete