Sunday, September 20, 2009

Masalah Pembuangan Sampah

Sampah yang dibuang merata-rata menjadi punca pelbagai jenis penyakit.Sarap itu termasuklah tin kosong,tayar,dan alas pasu.Demikian juga dengan sisa makanan yang bercampur-baur dengan sampah yang lain akan bertambah menjijikkan keadaan di kawasan pembuangan sampah.Longgokan sampah itu menjadi sarang kepada vektor pelbagai penyakit,antaranya termasuklah nyamuk aedes yang menyebar penyakit deman denggi dan deman denggi berdarah.Tikus pula menjadi pembawa penyakit hawar,tifus dan jangkitan virus.Lalat merebakkan penyakit seperti kolera,cirit-birit dan keracunan makanan.Perkara inilah yang meningkatkan risiko kerencaman penyakit kepada manusia.
Sampah yang berselerak menjejaskan kebersihan kawasan persekitaran dan menyakitkan mata memandang.Perkara ini ada kaitannya dengan anggaran bahawa setiap orang secara purata menghasilkan sampah seberat 0.75 kilogram sehari dan terus meningkat masa ke masa.Sampah itu dibahagikan dua jenis;pertama sampah domestik,iaitu bahan buangan yang dibuang dari rumah.Contohnya,kertas,plastik,sisa makanan dan lain-lain serta lima puluh peratus sampah domestik berpunca dari kawasan kediaman.Kedua,sampah bukan domestik,iaitu dahan buang dari kawasan industri,tapak pembinan dan pertanian.Antaranya termasuklah sisa-sisa jualan,binaan dan sisa daripada pengilangan.Sampah yang tidak dibuang dengan sempurna akan menimbulkan bau yang menyesakkan hidung dan meloyakan.Apabila kaedah yang tidak terurus itu akan menyebabkan pencemaran air bawah tanah.Perkara ini bertambah parah sebab hujan yang menimpa sampah akan terserap ke dalam tanah dan membawa bersama-samanya bahan kimia toksik yang boleh mencemarkan air bawah tanah.
Selain itu,air hujan akan menyerap bahan kimia dan memerangkap semua organisma yang terdapat di dalam sampah.Apabila air hujan mengalir ke sungai tentu sekali sungai tercemar dan menjejaskan kualiti air serta memudaratkan hidupan akuatik.Dalam hal ini pula,pembakaran terbuka juga mencetuskan pencemaran udara.Sebagai contoh,sisa plastik yang dibakar akan mengeluarkan asap yang mengandungi habuk dan bahan kimia toksik,serta bau yang tidak menyenangkan.Tindakan tersebut akan meningkatkan paras karbon dioksida dalam udara dan gas ini memang terkenal sebai penyubang utama yang meningkatkan kepanasan bumi.
Di samping itu, pihak kuasa jugalah meningkatkan nilai bayaran untuk menghukum orang yang melanggarkan peraturan.Walaubagaimanapun,kesempurnaan pembuangan sampah ini terletak di tangan kita sendiri.Jika kita menyedari akibatnya,maka eloklah kita beralih daripada tabiat mencampakkan sampah di mana-mana sahaja kepada pembuangan sampah yang lebih terurus.

No comments:

Post a Comment