Sunday, September 27, 2009

Permainan Tradisional Rakyat Malaysia

Permainan tradisional ialah permainan tradisi nenek moyang kita yang diwarisi sehingga kini secara turun-temurun seperti permainan wau atau layang-layang,gasing,congkak dan sepak raga.Pada hari ini,generasi muda kurang bermain permainan tradisional ini kerana pendedahan terhadap permainan ini amat kurang dilakukan oleh pihak tertentu.
Permainan gasing dan layang-layang atau wau sering dimainkan oleh golongan lelaki.Pemilik gasing yang berjaya mestilah membuatkan gasingnya berpusing lama dan pemilik wau yang berjaya menaikkan waunya dengan hebat dan lama di udara dianggap pemenang.Pada hari ini,gasing dan wau kerap dimainkan dalam pesta kebudayaan dan kesenian di setiap negari sebagai satu cara untuk menarik para pelancong.
Permainan congkak pula memerlukan papan congkak berserta buah congkak.Pemain akan cuba mengalahkan pihak lawan dengan mengumpulkan buah congkak yang banyak.Permainan sepak raga pula dimainkan dengan menyepak bola ke gelanggang pihak lawan secara pantas agar pihak lawan tidak dapat membalas bola itu ke dalam petak gelanggang pihak lawan.Pasukan yang banyak mengumpulkan mata dalam perlawanan akan digelar juara.
Permainan tradisional ini memang banyak kelebihannya,antaranya dapat memupuk semangat setia kawan dan mengeratkan hubungan sesama perlawanan.Kalah atau menang dalam perlawanan dianggap adat permainan.
Kesimpulannya,permainan tradisional perlu dipopularkan semula semula supaya warisan kesenian bangsa dapat dikekalkan untuk tontonan generasi pada masa akan datang.Semua pihak seperti ibu bapa,sekolah,media massa dan kerajaan perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan permainan tradisional tidak terus terpinggir dalam kalangan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment