Friday, September 25, 2009

Laporan

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Perpustakaan Ipoh,Perak

Pada 25 Mei 2009 yang lalu, badan perpustakaan S.M.J.K Yuk Kwan telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Ipoh.Sebanyak 40 orang pustakawan dan dua orang cikgu akan menyertai lawatan ini.Hari ini kita berkumpul di sekolah pada pukul 7:30 pagi dan bertolak pada 8 pagi.
Ketibaan kami disambut oleh ketua pengawai iaitu Encik Ahmad.Apabila,beliau telah memberikan banyak taklimat ringkas kepada kami.Antara maklumat yang disampaikan ialah sejarah dan objektif penubuhan,serta kemudahan yang disediakan.
Selepas itu,kami melawat persekitaran perpustakaan.Di dalam mengadakan buku-buku yang bagus dan buku-buku disusun dengan kemas di atas rak.Majalah dan surat khabar pula diletakkan di sudut yang berasingan.Manakala perpustakaan juga ada Kaunter pertanyaan serta kaunter peminjaman dan pemulangan buku terletak berhampiran dengan pintu masuk.
Kami berpeluang untuk melihat cara buku-buku disusun di rak dengan kemas.Setiap buku disusun mengikut bidang tertentu seperti sains,bahasa,cerita dan sebagainya.
Kami pulang ke sekolah pada pukul 11:00 pagi.Sebelum pulang,kami juga melawat kawasan luar perpustakaan Ipoh.Kawansannya sangat cantik seperti di dalam syukur.
Lawatan tersebut menambahkan pengetahuan dan memberi pengalaman yang berguna kepada para peserta kami serta menaikkan teknologi perpustakaan sekolah kami.

Disediakan oleh, 31 Mei 2009
Chai
(Chai Man Hon)
Ketua Pustakawan,
S.M.J.K Yuk Kwan,Batu Gajah.

No comments:

Post a Comment